Selamat Datang ke Blog akak comel
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah
LiveTyping.com

Tuesday, December 21, 2010

resepi dari pak cik

Awak tau ini resepi orang serawak tau, kita belajar dari pak cik zali,dia ni dulu seorang askar 
pernah bertugas kat sana ,,, dulu - dulu lee sekarang ni dia dah pencen tapi resepi ni  uh...yoo
memang best tau dah tu masak pun senang cuma..........tang buluh tu sakit sikit leeee
kat sini simpan resepi takut hilang dari memori ni pula.......manalah tau terantuk kepala 
pelupa pula jadinya kan , nanti senanglah nak kongsi resepi kan........


Ayam Buluh (Paksoh)

seekor ayam sederhana besar - potong ikut suka le janji boleh muat dalam buluh
2 batang serai ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
secekak pucuk ubi kayu
bahan perasa dan garam secukup rasa
seruas buluh ( macam buat lemang lee )
sedikit air

-perap ayam dengan bahan yang ditumbuk 
 bahan perasa,garam
-bersihkan buluh dan masukan ayam yang diperap tadi
-tutup buluh yang berisi ayam tadi dengan secekak daun ubi kayu 
-pas tu bakarlah macam lemang jangan jadi meriam buluh udah lee
-dah masak makan lee.......jangan lupa baca bismillah..........

No comments:

Post a Comment