Selamat Datang ke Blog akak comel
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah
LiveTyping.com

Thursday, June 9, 2011

ingat - ingat

dah lama juga aku kesibukan hari ni baru buat free sendiri agak bosan juga terus - terusan berkerja saja meluangkan masa seketika . hari tu  3/6/2011 aku dikejutkan berita tergempar , adik ku yang kecil bukan bungsu le di masukan ke hospital  di seremban kerana.......serangan jantung dan darah tinggi......ha........! mana tak terperanjat kerana aku tahu adikku bukan merokok apalagi kegiatan yang tak sihat ...makan pun orait le macam orang lain juga   tup....tup.... .Ha! aku kena beringat juga....aku tak berkesempatan untuk pergi kerana terlalu sibuk dengan tempahan...nampak macam aku ni pentingkan wang ringgit tapi padaku ini adalah kemahuan orang.rezeki buat aku dan keluarga.hanya sedekah Al- fatihah yang dapat ku berikan dan aku hanya telefon je menanyaka kabar berita, senang hati juga bila adik ku yang menyambut tel......ipar ku ......sian dia  ....nasibnya baik kerana dah punya lesen memandu dan dah berani memandu dan punya kereta sendiri senanglah sedikit urusan....anak- anak dia .....?
tempohari aku datang bila dah kelapangan walaupun terpaksa memonteng kerja .. uhhhh....ialah orang sakit kan ,aku teringat macam ayah sakit dahulu........alhamdulillah jasad dan roh masih bersatu .. terlalu mengerikan .... tapi itu semua kenentuan oleh NYA.. nasib ku belum tentu lagi... hari untuk ku pulang sedih rasanya untuk ku tinggalkan anak - anak saudaraku ...... adik ku yang sakit ku doakan semoga dia tabah dan  semoga ada kebaika di sebalik kejadian ini AMMIN....

Wednesday, June 1, 2011

terbuka

27,28,&29/5/2011 yang aku telah mula menjinakan diri dengan peniagaan impian ku mahu menjadi seorang usahawan tak perlu makan gaji... seronok juga tapi aku mesti tabah dah teguh dengan usaha ku..begitulah . banyak masa,modal dan tenaga mesti ku korbankan sebelum kejayaan ada di tangan...dalam sibuk tu aku masih boleh berpersatuan.. aku ke Jementah untuk Bulan Sabit Merah...ini minat ku yang banyak memberi pengalaman dalam menghadapi hidup ini. malam 28/5/11 petama kali aku membawa 3 puteri ku tidur di Villa Hotel alah setiap usahawan di berikan tempat tinggal apa lagi  peluang tu aku berikan untuk anak-anak biar merasa, buat ku tu semua dah biasa. 30/5/11 Jejak Aspirasi kat tempat ku ...penat jangan cerita pagi -pagi lagi aku mesti bawa emakayah ke klinik medical check up cam biasalah ...bergegas pulang sampai ayah tak sempat shopping dan minum tapi aku janji hari khamis aku akan bawa pergi kepasar malam...petang sukan... seronok juga pas siap tu yang penat....mana kecah jamuan ,sampah  dan lain-lain orang ramai dah balik aku....tempat ku ooohhh....
dah dua tiga hari kesunyian....anak dah bercuti tinggal aku berdua....ahhhh bosan agaknya begitulah kedua ibubapa ku rasa........makan pun tak lalu.....macam mana kalau aku tinggal sendirian......tentu lagi aku sibukan diri biar tak kesunyian........

Saturday, May 21, 2011

biasa je..

salam dah lama tak ku jengah laman ini ,alasan seperti biasa je le. hari khamis ada metting ngan pihak pengurusan ialah nak buat program jejak aspirasi dan sepetang bersama pemimpin.Aku cam biasa le hanya layak kat bahagian hadiah dan cenderahati......apa majlis pun kat bab ni je yang terkena...bukan apa pusing gak pala ni  semua kena diatur takut tak tele dengan acara baru ngelabah.haru biru dibuatnya nanti.majlisnya pada 30/5/2011 ni dah mula sibuk....mana nak promosi keluaran (ada keinginan jadi usahawan) mana tugas ku dengan badan NGO,mana tanggung jawap ku sebagai anak........ semua nakdibuat dalam masa sesingkat ini...keluargaku???   alhamdulillah aku punya suami yang amat faham keadaan isterinya yang ligat ada semacam gasing...terkadang tu ada juga berbunyi tapi....itulah aku dari dulu kini dan mungkin esok yang lebih senang dengan kesibukan.... terkadang dapat melepaskan tension dengan bertemu dengan orang ramai dan dapat melihat ragam orang......boleh buat kita berfikiran matang dari pengalaman..... aku tak boleh bayangkan jika kehidupan aku hanya berkisar dengan rumah tangga aje..pagi hingga kepetang tugasan rumahtangga....masalah ... tak dengan siapa dapat diajak berbicara....bila boleh lapangka fikiran dan bertukar pendapat... bila pendam perasaan takut dapat penyakit mereng....
Aku kena buat jadual kerana coklat banyak kena buat...deram...dan mini muffin....itu dunia baruku..
menambah sempit jadual hidup ku tapi aku seronok kerana suamiku dengan rela membantu memberi komen..tak le aku sendirian..roti...bakal menumpang jadual ku...lagi seronok kerana emak dan ayah suka makan roti semula rasa hilang penat semuanya senang. aku berangan ingin membuka satu warung untuk roti buatan orang melayu anak tempatan kampung ku.....semoga dapat sambutan..BILA ?????? buat masa ni  aku gantung gunting dan pita pengukur....berihat sementara  mungkin.......oh tidak tu merupakan pendapatan ku dari usia ku semuda 11tahun aku telah berani membantu emak mengambil tempahan adakah aku akan melupakanya... tapi anak -anak ku......  adakah mereka akan mewarisi mesin-mesin jahit ku atau mesin pemutar tepung dan oven......spatula dan cetak......... BILA YA????
                                 

Tuesday, March 29, 2011

tak menentu

dah begitu lama tak jengah blog alah al makum sibuk je... ialah orang cam aku sentiasa sibuk satu hari banyak tugas yang mesti dibereskan, terkadang terlalu bosan ingin sesekali rehat cam orang lain sehari dua seronok juga
tapi bila hari ketiga mula bosan macam masa tu terlalu panjang dan terbuang je. sekarang ni tengah gila berjalan bukan apa ada tujuan tertentu bejalan tu, setiap sabtu aku kena ke batu pahat........, esok ada date kat hospital muar dengan mak sekali... camtu lah rutin kalau ke hospital (buat medical chack up) kalau kat segamat je boleh ronda dengan emak ayah,bawa diaorang jejalan bukan  shopping pun saja jamu mata.....
Sekarang ni cuaca tak menentu kejap ujan macam nak banjir pas tu panas cam kemarau... sian hujan dapat mc tak masuk belanja hari tu kalau panas belum tentu sampai petang pula... begitulah pendapatan orang seperti aku dan sahabat yang sewaktu denganya. .Alhamdulillah juga aku ada bantuan dengan part time kalau yang 100% dengan menoreh cam na.......ya. . anak-anak nak kesekolah belanja. makan dah mesti punya itu belum lagi barang yang kehabisan.........

Tuesday, March 1, 2011

sibuk.............................

sibuk...sibuk......sibuk.................. itulah kehidupan ku selalu sibuk  banyak kerja yang mesti aku buat ....hari - hari tak punya masa untuk diri sendiri melainkan aku sendiri yang boleh menangguhkan kerja tapi esoknya kerja tu semua menjadi banyak pas tu mulalah boring.............. nak buat cam na masih belum ada assistan yang sangup membantu. sampai bila le nak macam ni ya .... nak cari bibik makoiiiiii banyak kosnya ke? pada aku buat apa pasang bibik nanti duit kita ke luar negara......yang senang siapa....... sudah anak bangsa merempat sengsara

Wednesday, January 26, 2011

ubi oh ubi

lama tak menaip alah sibuk memanjang ada ala-ala vip le . tempohari ada balik kampung anaku......(tempat lahir)
ialah saja menjengah kedua ibudan ayah angkat kami. jalan-jalan aje le yang bestnya apa lagi makan le......aku rasa badan ni dah berat semacam aje........ aku ni memang suka mengumpul resepi alah yang senang je kalau yang pelik2 tu mintak maaf le nak nyebut pun tak pandai apa lagi nak cari bahan......... takut rupa pelik pula jadinya takut pula nak jamah..... kali ni aku tinggalkan resepi yang mudah je kuehnya rupa macam cucur badak tapi ada lain sikit . bahan senang dicari........namanya ikutle apa nak sebut  

bahanya :-
500 gm ubi kayu
170 gm tepung gandum 
1 biji telur - pukul sikit ya
garam bahan penting tak sedap tanpamu
minyak untuk mengoreng
bahan inti :-
4 ulas bawang merah -hiris halus
1 sm halia - cincang
3 ekor ikan kembong - bersihkan 
125 ml pati santan dari  1/2 kelapa
 garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

cara- cara :-
- rebus ikan hingga masak,buang tulang dan tumbuk isinya
-satukan semua bahan inti bersama isi ikan kacau di atas api pelahan hingga kering angkat biar sejuk
-parut halus ubi kayu ,perah dengan kain kasa, mendapkan air perahan,biar mendak untuk sagunya
- satukan semua bahan ubi,kanji,telur,tepung gandum dan garam uli menjadi doh
-ambil doh ,isikan dengan inti ikan dan bentukan seperti cucur badak
-panaskan minyak  dan goreng hingga masak,kemudian saji le kalau nak best bubuhle sos
alah  senang aje kalau nak buat hidangn minum petang atau saja nak makan depan tv.
aku ni jenis kuat berjalan  mesti ada resepi yang mudah murah dan senag akan ku kumpulkan
aku memang suka memasak bila ada free le tapi anak2ku semuanya comel aje.........




                                                          

Wednesday, January 19, 2011

G2

baru buat pertama kali dalam masa dah setahun setengah  (1 1/2 tahun ) perjumpaan dengan AJK penempatan G2.lama tu.......... macam-macam bincang kita ada sokongan kuat dari  pihak pengurusan  kira okey le.....
insyallah boleh bergerak  begitulah harapannya .  kenapa ya yang dah diberikan kepercayaan untuk memimpin senyap aje ialah bak kata orang kalau sudi katakan sudi tidak kami ternanti-nanti betul kan.........bersuaralah biar kami semua tahu apa masalahnya , barulah boleh bawa berunding kan! betul...betul...betul 
dap dup dap dup......dah pun tamat perbincangan......kami semua pun bersurai......apa tindakan selepas ini yang membolehkan kami semua tak punya masa santai......... kalau boleh janganle libatkan yang teruk2 tu kes naya kawan tau!
G2 apalah nasib kami sebagai pewaris peneroka..........

Friday, January 14, 2011

sibuk.............

sibuk....sibuk....... ah! tu aje yang boleh diberi alasan . biasale tu kan , orang cam aku ni mana ada masa untuk melepak santai... mesti kejar masa, ada saja yang hendak dibuat ,mana yang telah ditugaskan ,mana arahan yang dikeluarkan ... kenalah kejar semua.. aku teramat hairan ada orang kata boringle duk kat umah tak da apa yang nak buat,cuba beri kat aku masa tu pandai saja aku menggunakanya tapi sayang setiap insan telah diberikan masa selama 24jam sehari semalam dengan masa itu kita kena atur semua nya ada yang terlebih masa ada yang tak cukup masa  ala-ala cam aku le.... memanjang tak cukup masa....... astafirullah..... dosa .. bersyukur atas apa yang telah dikurniakan.  hari ini bercadang nak penuhi pemintaan anak untuk  membuatkan mereka kek batik dan kek coklat kukus....sempat tak agaknya? . ialah habis waktu kerja jam 6 ptg mana simanja sek agama jam 6.30ptg balik si comel balik memanah jam 6.40 ptg sampai kat umah dah hampir jam 7.00mlm pas buat apa yang wajib dan patut dah letih macam dah habis tenaga nak kena cas semula (tidur le) bila pula nak nak mengekeknya pula..........agaknya dah sibuk sampai tak sempat nak membelek tubuh .... uh! tempohari bawa emak ke kelinik berhajat nak menimbang ..........teperanjat oiiiiiiiiiii.. makin sibuk ,tak sempat makan ,kelam kabut pun  berat pun boleh naik .........cam na ni...badan cam menten je tapi berat.......
nak kata kuat makan atau banyak makan cam kawan kita tu tak pula tapi mengapa,kenapa ini terjadi uhhhh. ahhhh....bila umur dah meningkat kena lebih ambil berat tentang kesihatan sebab sekarang ni memacam penyakit menyerang tak kira usia.......apa lagi usiaku dah berganjak dari asar dah nak hampir magrib.....

Monday, January 10, 2011

hujan

sekarang ni cuaca tak menentu, hujan renyai setiap hari, matahari semacam segan hendak menunjukan diri. setiap hari mendung aje , Alhamdulillah le masih boleh berkerja....... semua telah ditentukan oleh NYA kita sebagai hamba mesti bersyukur disetiap kejadian . ialah semua apa yang terjadi mesti ada hikmahnya .
Sebut pasal hujan dan cuaca sejuk ni apa yang utama........ perut mesti lapar kan. aku masih punya resepi yang mudah dan senang untuk di makan dengan nasi atau roti.
sambal udang le........kalau yang ada goud tu sabo aje lee
bahan tu ikut skil sendiri le ya aku ni masak cara kampung tak ada penyukat tetap alah pakai agak-agak aje.
udang kering tumbuk kasar,lada kering -rebus dan kisar bawang merah yang kecil sedap ,air,asam jawa ambil airnya aje ,gula merah dan minyak..memulatu  goreng lada sampai masak kalau tak cukup masak tak sedap,
pas tu masukan air didih sampai pekat pas tu masukan gula,udang goeng sampai pekat tapi jangan sampai hangit tau. sedap juga makan dengan roti bagi yang takut bertambah saiz.

Monday, January 3, 2011

sekolah

Hari ni 3hb Januari 2011 hari persekolah pertama anak-anak ku. wah masing- masing teruja sangat ,
awal dah siap tak banyak kerenah,kalau cam tu le sampai setahun senang le nak urus........takut ari ini saja
pas tu perangai lama kembali semula uh.....penat.
hari ini masing - masing dah tahu tugas mereka tak banyak suara yang aku kena keluarkan . allhamdulillah
sampai la ni masih okey lagi.......... semoga sampai esok.......

2011

selamat menyambut tahun 2011,semoga penuh semangat dan azam baru . sambutan tahun baru kali ini aku
pulang ke kuantan ialah dah lama tak balik kampung sian kat anak yang sorang ni al maklumlah dia lahir kat
kuantan, wah! begitu membangun sekali bandar kuantan sekarang ialah tempat yang dulu hutan dah jadi
taman perumahan.......ah...itulah nikmat merdeka . hari tu sempatle jejalan kat bandar uh..... sesak betul
dah tu musim hujan kenapula cuti mengejut soknya 1 jan 2011 orang kat trengganu memulakan sesi persekolahan apa lagi  sesak semacam rasa lemas lak , kalau tau cam tu baik shoping je kat tempat
sendiri banyak juga pilihan ......dah kalau tak gitu.........
meronda punya pasal rasa macam nak demam lak tu..... ni ada resepi jus je elok buat orang yang rasa semacam badan tu    1/2 biji lemon (buang le kulitnya ) 1/2 biji timun, 1 sudu madu dan sedikit air .
kisar semua kecuali madu  sampai hancur pas tu tuang dalam gelas campurkan madu kacau rata -rata
minum le ........Insyallah kebah le.