Selamat Datang ke Blog akak comel
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah
LiveTyping.com

Wednesday, January 26, 2011

ubi oh ubi

lama tak menaip alah sibuk memanjang ada ala-ala vip le . tempohari ada balik kampung anaku......(tempat lahir)
ialah saja menjengah kedua ibudan ayah angkat kami. jalan-jalan aje le yang bestnya apa lagi makan le......aku rasa badan ni dah berat semacam aje........ aku ni memang suka mengumpul resepi alah yang senang je kalau yang pelik2 tu mintak maaf le nak nyebut pun tak pandai apa lagi nak cari bahan......... takut rupa pelik pula jadinya takut pula nak jamah..... kali ni aku tinggalkan resepi yang mudah je kuehnya rupa macam cucur badak tapi ada lain sikit . bahan senang dicari........namanya ikutle apa nak sebut  

bahanya :-
500 gm ubi kayu
170 gm tepung gandum 
1 biji telur - pukul sikit ya
garam bahan penting tak sedap tanpamu
minyak untuk mengoreng
bahan inti :-
4 ulas bawang merah -hiris halus
1 sm halia - cincang
3 ekor ikan kembong - bersihkan 
125 ml pati santan dari  1/2 kelapa
 garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

cara- cara :-
- rebus ikan hingga masak,buang tulang dan tumbuk isinya
-satukan semua bahan inti bersama isi ikan kacau di atas api pelahan hingga kering angkat biar sejuk
-parut halus ubi kayu ,perah dengan kain kasa, mendapkan air perahan,biar mendak untuk sagunya
- satukan semua bahan ubi,kanji,telur,tepung gandum dan garam uli menjadi doh
-ambil doh ,isikan dengan inti ikan dan bentukan seperti cucur badak
-panaskan minyak  dan goreng hingga masak,kemudian saji le kalau nak best bubuhle sos
alah  senang aje kalau nak buat hidangn minum petang atau saja nak makan depan tv.
aku ni jenis kuat berjalan  mesti ada resepi yang mudah murah dan senag akan ku kumpulkan
aku memang suka memasak bila ada free le tapi anak2ku semuanya comel aje.........




                                                          

Wednesday, January 19, 2011

G2

baru buat pertama kali dalam masa dah setahun setengah  (1 1/2 tahun ) perjumpaan dengan AJK penempatan G2.lama tu.......... macam-macam bincang kita ada sokongan kuat dari  pihak pengurusan  kira okey le.....
insyallah boleh bergerak  begitulah harapannya .  kenapa ya yang dah diberikan kepercayaan untuk memimpin senyap aje ialah bak kata orang kalau sudi katakan sudi tidak kami ternanti-nanti betul kan.........bersuaralah biar kami semua tahu apa masalahnya , barulah boleh bawa berunding kan! betul...betul...betul 
dap dup dap dup......dah pun tamat perbincangan......kami semua pun bersurai......apa tindakan selepas ini yang membolehkan kami semua tak punya masa santai......... kalau boleh janganle libatkan yang teruk2 tu kes naya kawan tau!
G2 apalah nasib kami sebagai pewaris peneroka..........

Friday, January 14, 2011

sibuk.............

sibuk....sibuk....... ah! tu aje yang boleh diberi alasan . biasale tu kan , orang cam aku ni mana ada masa untuk melepak santai... mesti kejar masa, ada saja yang hendak dibuat ,mana yang telah ditugaskan ,mana arahan yang dikeluarkan ... kenalah kejar semua.. aku teramat hairan ada orang kata boringle duk kat umah tak da apa yang nak buat,cuba beri kat aku masa tu pandai saja aku menggunakanya tapi sayang setiap insan telah diberikan masa selama 24jam sehari semalam dengan masa itu kita kena atur semua nya ada yang terlebih masa ada yang tak cukup masa  ala-ala cam aku le.... memanjang tak cukup masa....... astafirullah..... dosa .. bersyukur atas apa yang telah dikurniakan.  hari ini bercadang nak penuhi pemintaan anak untuk  membuatkan mereka kek batik dan kek coklat kukus....sempat tak agaknya? . ialah habis waktu kerja jam 6 ptg mana simanja sek agama jam 6.30ptg balik si comel balik memanah jam 6.40 ptg sampai kat umah dah hampir jam 7.00mlm pas buat apa yang wajib dan patut dah letih macam dah habis tenaga nak kena cas semula (tidur le) bila pula nak nak mengekeknya pula..........agaknya dah sibuk sampai tak sempat nak membelek tubuh .... uh! tempohari bawa emak ke kelinik berhajat nak menimbang ..........teperanjat oiiiiiiiiiii.. makin sibuk ,tak sempat makan ,kelam kabut pun  berat pun boleh naik .........cam na ni...badan cam menten je tapi berat.......
nak kata kuat makan atau banyak makan cam kawan kita tu tak pula tapi mengapa,kenapa ini terjadi uhhhh. ahhhh....bila umur dah meningkat kena lebih ambil berat tentang kesihatan sebab sekarang ni memacam penyakit menyerang tak kira usia.......apa lagi usiaku dah berganjak dari asar dah nak hampir magrib.....

Monday, January 10, 2011

hujan

sekarang ni cuaca tak menentu, hujan renyai setiap hari, matahari semacam segan hendak menunjukan diri. setiap hari mendung aje , Alhamdulillah le masih boleh berkerja....... semua telah ditentukan oleh NYA kita sebagai hamba mesti bersyukur disetiap kejadian . ialah semua apa yang terjadi mesti ada hikmahnya .
Sebut pasal hujan dan cuaca sejuk ni apa yang utama........ perut mesti lapar kan. aku masih punya resepi yang mudah dan senang untuk di makan dengan nasi atau roti.
sambal udang le........kalau yang ada goud tu sabo aje lee
bahan tu ikut skil sendiri le ya aku ni masak cara kampung tak ada penyukat tetap alah pakai agak-agak aje.
udang kering tumbuk kasar,lada kering -rebus dan kisar bawang merah yang kecil sedap ,air,asam jawa ambil airnya aje ,gula merah dan minyak..memulatu  goreng lada sampai masak kalau tak cukup masak tak sedap,
pas tu masukan air didih sampai pekat pas tu masukan gula,udang goeng sampai pekat tapi jangan sampai hangit tau. sedap juga makan dengan roti bagi yang takut bertambah saiz.

Monday, January 3, 2011

sekolah

Hari ni 3hb Januari 2011 hari persekolah pertama anak-anak ku. wah masing- masing teruja sangat ,
awal dah siap tak banyak kerenah,kalau cam tu le sampai setahun senang le nak urus........takut ari ini saja
pas tu perangai lama kembali semula uh.....penat.
hari ini masing - masing dah tahu tugas mereka tak banyak suara yang aku kena keluarkan . allhamdulillah
sampai la ni masih okey lagi.......... semoga sampai esok.......

2011

selamat menyambut tahun 2011,semoga penuh semangat dan azam baru . sambutan tahun baru kali ini aku
pulang ke kuantan ialah dah lama tak balik kampung sian kat anak yang sorang ni al maklumlah dia lahir kat
kuantan, wah! begitu membangun sekali bandar kuantan sekarang ialah tempat yang dulu hutan dah jadi
taman perumahan.......ah...itulah nikmat merdeka . hari tu sempatle jejalan kat bandar uh..... sesak betul
dah tu musim hujan kenapula cuti mengejut soknya 1 jan 2011 orang kat trengganu memulakan sesi persekolahan apa lagi  sesak semacam rasa lemas lak , kalau tau cam tu baik shoping je kat tempat
sendiri banyak juga pilihan ......dah kalau tak gitu.........
meronda punya pasal rasa macam nak demam lak tu..... ni ada resepi jus je elok buat orang yang rasa semacam badan tu    1/2 biji lemon (buang le kulitnya ) 1/2 biji timun, 1 sudu madu dan sedikit air .
kisar semua kecuali madu  sampai hancur pas tu tuang dalam gelas campurkan madu kacau rata -rata
minum le ........Insyallah kebah le.